Thursday, July 9, 2015

Saya sebenarnya masih ada.

Saya sebenarnya masih ada, tajuk sedih sangat.

Rasanya dah lamanya betulkan tak update blog. Balik2 bukak entry tu je, balik2 bukak keluar muzik tu je. Hari ni kita gegar sikit. Lamanya sangat sampai dah nak kahwin dah engko, berdebah seh. Teringat dulu zaman muda muda baru nak naik belajar ber blog, sekarang dah besor katanya. Kalu ikutkan nak throwback banyak benda, tapi apakan daya. Kenangan hanya tinggal kenangan, bukan lupakan tapi jadikan masa silam sebagai penguat masa hadapan. Dari masa ke semasa semua benda dah berubah, daripada zaman Tunku Abdul Rahman sampai lah ke zaman DS Najib ni ye dok. *Ahmad Maslan pun tak lupa juga.

Kalau kita tengok negara kita sekarang, tak jadi apa apa pun tapi Politik sini sana, dok habis2 lagi. Banyok sangat isu nak timbul dari sekecil2 zarah sampai lah sebesar2 alam ni. Isu GST apatah lagi, duit habis tetap habis. Dah kena GST pulak lagi berganda habis walaupun sen sen je kalu 10x kali bayor tak jadi ringgit ke belaka. Kita gaji sekerat lutut, harini boleh masuk gaji esok lusa patah kaki. Macam ni lah kita, patut bila pikir balik negara maju untuk bantu rakyat, tapi sekarang ibarat rakyat pulak bantu negara. Negara makin susah. Kesian kan.

Macam tu lah sedikit sebanyak mukadimah hari ni, terasa sikit terhina sebagai rakyat negara. Rasanya bukan ambo sarang je rasa. Kita ni dah rasa susah, tapi sebenar ada lagi susah. Mujurlah Malaysia masih aman, bersyukurlah.. Yang sebenarnya nak cerita hok lain tapi lain lah ceritanya pulak. Masuk bab peribadi ni, sedar dok sedar dah 22 tahun aku hidup dalam zaman yang makin hari makin maju. Kalu dulu tersalah tekan nombor kat talipon 3310, off selalu tlpon takut nya jadi lain. Skrg iphone 6+ dah wo. Canggih dok canggih zaman skrg, bijak benar orang yg cipta. Mcm tu lah ibarat kisah diri ku yang tak seberapa, asalnya budak budak yang masih hingus kini dah dewasa. Kalu dulu pakai tudung buh alas plastik nak bagi tegak, sekarang beli jah tudung Fareeda tu automatik tegak ok. Lagi lagi sekarang ni macam macam kemudahan dah ada. Tak lama lagi naik pulak MRT, kalu jalan jem lagi dok tahu lah weh. Konon nya nak kurangkan penggunaan kereta, rasa macam lagi teruk orang guna kereta sebab mudah. Entahlah labu, ikutlah masing2 mana yang mudah.

Emm macam takda kaitan pulak, takpalah habis situ dulu.

Kalau aku tekan tekan older post, baca kisah lama semuanya pasal diri. Kenapa dengan diri ni. Macam macam masalah, tapi kalau ikutkan memang banyak pasal hati. Hati sebenar tak boleh dipermain.  Aku ada jumpa satu status kat facebook, bunyi memang sentap "Tak payah la cakap, cinta tak pandang rupa, sedangkan nk beli kasut pun nk pilih yg lawa lawa je, tu baru nk letak di kaki, apatah lagi nk letak di hati . Org zaman sekarang memang kuat penipu nya" Kadang rasa betul semua ni, memang benar jodoh di tangan Tuhan, tapi atas usaha diri jugak. Jangan nak selalu harapkan orang lain. Aku dulu pun gitu, mula mula beriya bercinta, mula lah jauh masing2 sambung belajar buat haluan masing2. Serius talk 3 tahun belajar memang aku tak rapat dengan dia. Tapi tulah, jodoh tak kemana. Lepas habis belajar kami rapat semula. Bukan nak bangga, tapi hakikat. Masing2 dah boleh fikir secara matang, boleh beza mana baik mana buruk. Boleh tahu isi hati masing2. Alhamdulillah, kami berbaik tanpa diduga. Serabut serabut @#$%!

Emm berkali kali jugak pikir nak ke update pasal bertunang ni, kang orang kata bertunang je pun, bukannya nikah. Tapi rasa macam krik krik nak update jugak, mesti orang akan kata lagi tunang ni tak yoh kecoh2 pun kahwin nanti baru buat kecoh. Tak apalah, bukan selalu ye dok nak update ni. Kita selit lah sikit.

Ceritanya, dia nya saja saja je nak datang rumah aku ngan mak abah, datang2 alih alih cerita lain. Emm mungkin dah sampai masanya cuma Allah masih merahsiakan tarikh nya masa tu. Tup tup, lepas raya tahun lepas dengan izin Allah kami bertunang. Kalau teringat balik, dulu masa bercinta nak ambik gambo pun malu2. Apatah lagi nak bersembang, tapi Alhamdulillah. Allah itu Maha Mendengar, "kalau benar dia jodoh aku, tunjukkanlah". Tarikh 25/10/2014 kami melangsungkan majlis pertunangan. Majlis biasa biasa cuma ada rezeki lebih aku jemput orang makan,  tapi dalam ramai2 tu mesti ada je mulut2 eh macam kenduri kahwin lah padahal tunang je buat apa nak buat sampai ada khemah semua, membazir. Itu orang yang cakap, tapi bersyukur lah ye kita dah bagi makan, bukan nak heboh 1 dunia pun. 1 khemah je kot, rumah pun sempit macam mana aku tak pasang khemah. Ini lah orang Melayu kan, pantang sikit.Takpelah itu cerita sudah, kalau ikutkan hari ni benda tu semua 9 bulan dah berlalu.

Terima kasih abah mama keluarga sedara mara semua, Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Dengan bantuan teman teman seperjuangan saya, mungkin majlis ni havoc dengan korang semua. Tulah kan orang cakap, kawan ni setiap masa ada. Kawan jugak lah yang banyak memahami. Dari awal sampai habis lah derang punya hal bising memanjang, pasang pelamin pun dorang, bersiap pun dorang, ambil gambar pun dorang. Emm apa lagi. Hilangkan nervous pun derang, sabor jelah dengan kerenah derang. Tapi tulah 'derang' nilah teman sehidup semati. Mama abah pun tak lupa, banyak tolong along. Abah sedih betul masa hari kejadian, maklumlah anak sulong. Ni baru nak bertunang, apatah lagi menikah nanti. Berkaca mata nanti bah, apapun semua ni rezeki along abah. Abah mama jangan sedih sedih ye........ Eh lupa pulak, sedara mara yang dok klate pun mari turun jugak. Macam derang pulok yang excited, yelah saya cucu kedua anak first perempuan pertama, gituuu. Tah heran lah semua tu sanggup turun kL. Selalu kita je g sana, sekali sekala rezeki ada dapat kumpul sesama masa tu. Cerita bab hantaran, ada je. Semua orang sponsor, makanan jelah kenyang perut baru lah sedap hati kan. Aku cuma sewa deco hantaran jer. Duit pun tkdalah banyak habis, sebab kalu pandai cari yang murah2 belaka kan senang. Lagipun sekarang ni money matter kan. Segala galanya duit, pandai lah berjimat.

Dah tak tahu nak menaip apa lagi, kalau ikutkan boleh panjang lagi ni, bab make up bab makan bab semua lah. Tapi tak terdaya punya nak baca kan, cukuplah. Mungkin mana tahu kot entry lepas ni pasal kahwin pulak, siapa tahu ?


Jeng jeng jeng....





P/s : Dah alang2 nak sayang, sayang lah sepenuh hati dunia akhirat. InsyaAllah :)



Zaty.