Tuesday, March 11, 2014

Air mata aku menitis :/

Setiap kali berita mengenai pesawat MH370 disiarkan, mula lah hati rasa sayu, sedih dan pilu. Apatah lagi buat keluarga mangsa, yang sering menitiskan air mata kesedihan malah turut dahagakan wajah keluarga tercinta. Bertambah sedih lagi buat ahli keluarga apabila mereka membaca tentang spekulasi yang belum tentu benar malah lebih mendukacita andai ada yang menghina. Kasihanilah mereka, betapa sedihnya hati mereka hanya Allah yang mengetahui. Sedangkan kita yang sentiasa menantikan perkhabaran terbaru turut sedih, apatah lagi buat ahli keluarga tercinta. Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU, apa yg berlaku adalah ketentuanMU. Kami mohon kasih sayangMU ya Robbi, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkanlah segala urusan untuk menemuinya. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.