Tuesday, April 9, 2013

Aku cuma nak kau tahu sayang

Dulu weh, dulu. Dulu desis hati aku kesah pilunya sbb kasih cinta dan nista itu masih bersama kau. Bukan hasrat aku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agar puisi hiba alunan jiwa aku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu. Peehh.


Aku pilih untuk kata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang sepatut patutnya jadi mainan pujaan jiwaaaa. Yang jelasnyaa  itu puisi hati, kata hati aku yang duka pilu terkenangkan nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya. Pui.

Merindukah aku? Merindukah kau? Takda yang dapat menyangkal lagi dah lumrah insani yang indah di setiap tiap tiap dan tiap helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang teluuuuuuuuuus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur ni weh. Kau jugak jujur lahh tapi tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku ni. Tak, aku ok ok ajeee :)


Kau, boleh aku tanya ?

Kau pernah tak fikir tentang aku? Apakah kau tak pernah langsung terlintas akan nama aku, senyuman aku, kasih sayang aku di mainan jalanan hari-hari kau? Sedar tak sedar tak. Tak ada ke sekelumit kenangan manis antara kita dulu dulu yang dah berzaman yang blh buat kau tersenyum? Lantasnyaaaa, kau tanya lah diri. Tepuk dada tanya hati. Siapa aku sebenar.

Kau, boleh aku bercerita?
Aku rindu kau, sentiasa ingat kau. Sentiasa weh. Kadang tikanya ada orang yang aku tak kenal cuba cuba berlalu melintasi aku yang memakai bauan minyak wangi yaaaang dulunya pernah kau pakai, dan dan jugak akan aku toleh dan mengikutinya dalam diam dan cuba cuba menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih aku mengalir. Sebab aku ingat kan kau ingat kan kau dan ingat kan kau. Sungguh aku rindu weh.


Kau, boleh aku tanya lagi?
Kau bahagia erkk kat sana? Kau gembira jugak kan kat sana? Senyumkah kau kat sana? Tawa kah kau di alam tanpa aku? Telah kau jumpaa ke selaut bahagia yang kau cari, seluas angkasa indah yang kau dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kau impikan? Carilah, selagi mampu. Aku faham kau sayang.


Kau, boleh aku bercerita lagi?
Aku rindu kau, sentiasa pandang kau. Aku tahu kau pernah milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas lagi murni sebab aku nak tengok jauh mana kau bahagia tanpa aku. Ops bukan aku ego, tapi aku sayang kau. Aku kena kata. Dan laksana itu aku cuba jugak jauhkan diri membawaaaa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku pandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kau pada mata jiwa aku ni. Aku pandang kauu yang bercahaya sedang bergummmbira di sana. Tak apalah, teruskan sayang. Dan mana sesungguhnya aku nak nak dan nak berada di samping kau bertawa gembira, bercahaya purnama tapi, tapi aku pilih untuk tengokk kau dari jauh demi keeebahagiaan kau weh, demi gembira kaau wahai cinta hati. Ini satu perjuangan, tak apaa kita terus pandang hadapan.


Kau, boleh aku tanya?
Yang terakhir, kenapa erkk airmata aku mengalir tika aku sedang asyikk menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kau. Pulanglah, aku janji.

Kau ingat tau weh. Bukan sengaja.