Tuesday, April 16, 2013

Aku juga sepertimu.

Kerana aku wanita.

aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak tingkahmu
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa selalu
namun lemah itu bukanlah aku
sekadar ingin kau tahu
hati ini mudah tercalar wahai sayangku
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali seperti dulu.
DAN
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.