Saturday, April 6, 2013

Bawakan aku bahagiamu



Apa khabar cinta? Masih ingat kan aku? Yang mana satu masa dulu aku teman karibmu. Aku juga satu ketika sahabat citamu cinta.

Pernah ketika dulu kita berjalan sama. Aku pandang kau kau pandang aku, aku senyum kau pun senyum. Kau lemparkan senyum manismu, aku mula berbunga. Cewah. Kau dambakan kalbu aku berpelukan. Masih ingat semua itu cintaaa ? Ehhh tapi, macam mana pulak dengan rakan kita, kasih? Aku jugak rindu dia, sama macam kau cinta. Aku rindu cinta dan kasih :)

Ketahuilah cinta pandanglah aku kasih. Jiwa aku bersalut luka malah hari hari aku berduri duka. Langkah aku sumbang sadung, gelincir pula bersaling memaling. esok menangis bersulam alam, mengerti ke semuaaa.
Aku jugak tak nak meminta, sebab meminta aku merana.

Aku tak nak merayu, sebab merayu aku jadi pilu.

Aduhai cinta aduhai kasih.

Kenapa pernah kau tinggalkan aku bersama sengsara. Kenapa kenapa kenapa weh ! Kenapa biarkan aku berteman durjana, yang menyeksakan yang mengguriskan yang menggusarkan seolah olah tiada hujung pangkalnya.
 
Wahai cinta kasih. Kembalikan aku pada senyum mu dan bawakan aku untuk bahagia bersamamu. 

Kini aku bersyukur. Alhamdulillah kita bersatu.